Komik Pedang Setiawan
ini merupakan hasil karya pelukis komik terkenal Hong Kong -
Ma Wing Shing. Komik ini juga dikenali dengan nama
Tin Ha (kantonis) dan
Wind and Cloud
(English).
Keseluruhan cerita komik ini berkisarkan 2 watak utama iaitu Penjejak Badai dan Penjejak Awan. Mereka berdua yang merupakan rakan seperguruan menjadi lawan akibat merebut cinta seorang wanita dalam cinta tiga segi, tapi kemudiannya bersama-sama berganding bahu dalam menghapuskan tok guru mereka, Wira Utama yang menjadi dalang dalam pergaduhan mereka itu.
Seterusnya sekali lagi tenaga mereka diperlukan untuk memastikan tanahair mereka tidak diceroboh oleh Ateis Jati dan Tenno Jepun. Perjuangan mereka berhasil dengan sokongan ramai pendekar China yang lain seperti Pendekar Tanpa Nama. Dalam pertempuran ini Penjejak Badai telah tersesat akal. Ini menyebabkan Penjejak Awan terpaksa menentang rakan seperjuangannya itu bagi menyelamatkan orang ramai dari dibunuh dengan sewenang-wenangnya oleh Penjejak Badai.
Sekali lagi mereka berdua menjadi lawan. Pertempuran antara mereka kali ini juga melibatkan orang-orang yang mempunyai hubungan dengan Penjejak Badai iaitu ibubapa, kekasih, gurunya. Dalam pertempuran itu, Pedang Salji kepunyaan Penjejak Badai telah patah dan Pedang Istimewa kepunyaan Penjejak Awan menjadi sumbing. Perlawanan sengit ini berakhir dengan Penjejak Awan jatuh dari puncak gunung setelah dia berjaya mengembalikan semula ingatan Penjejak Badai. Kisah tragik 2 orang rakan setiawan ini menjadi lagenda kepahlawanan China.
Bermula keluaran komik Pedang Setiawan ke 115.. telah bermula senario baru dalam dunia kepahlawanan China setelah 10 tahun kehilangan Penjejak Badai dan Penjejak Awan ...
Update akan datang akan memfokuskan kepada peristiwa2 penting yang terjadi
dalam cerita komik Pedang Setiawan ini... tunggu...
Watak | Galeri |