- Bapa tiri Penjejak Awan ialah Huo Bu Tian (dikenali Penjejak
Angkasa). Bapa kandungnya merupakan seorang penempa pedang bernama Bu
Yan Tian. - Ketika Bu Yan Tian pergi mencari besi, isterinya sudah mengandung. - Semasa Penjejak Awan dilahirkan, bapanya masih belum pulang lagi. Ibu Penjejak Awan amat hairan kerana bayi yang dilahirkan itu tidak pernah menangis. - 2 tahun telah berlalu, Penjejak Awan masih belum pandai bercakap. Oleh itu ibunya bertambah gelisah. - Ketika Penjejak Awan berumur 4 tahun, bapanya yang sakit kuat telah diusung balik ke rumahnya. Tidak berapa lama kemudian, penempa itu meninggal dunia di rumahnya. - Pada hari pengkebumian Bu Yan Tian, ibu Penjejak Awan menangis teresak-esak Akan tetapi Penjejak Awan langsung tidak menangis. Dia kelihatan bersikap acuh tak acuh seolah-olah orang yang dikebumikan itu orang yang tak dikenalinya. - Ibu Penjejak Awan sungguh marah lalu menampar muka Penjejak Awan itu dengan sekuat-kuat hati sehingga saudara mara terpaksa tampil untuk menahannya. - Selepas itu, Penjejak Awan amat dibenci oleh ibunya. Dia hanya diberi makan dan jarang disayangi oleh ibunya. - Ketika Penjejak Awan berusia 5 tahun, ibunya berkahwin semula dengan seorang jaguh persilatan bernama Huo Bu Tian (Penjejak Angkasa). Penjejak Angkasa adalah seorang jaguh yang agak popular kerana hikmat permainan pedangnya. - Pada hari pernikahannya, Penjejak Angkasa telah menamai Penjejak Awan semula. Penjejak Awan telah dinamai Hou Jing Jue. - Kemudian Penjejak Awan sentiasa diusik oleh kedua-dua abang tirinya. Akan tetapi, Penjejak Angkasa merupakan seorang yang amat baik hati dan adil. Dia sentiasa memberi perlindungan kepada Penjejak Awan dan mendenda anak-anak kandungnya. - Ketika Penjejak Awan berumur 8 tahun, ibunya meninggal dunia. Maka Penjejak Angkasa bertambah sayang kepada Penjejak Awan. - Ketika Penjejak Awan berumur 9 tahun, bapa tirinya jatuh sakit. Penjejak Awan menjaganya siang dan malam. Apabila Penjejak Angkasa telah sembuh dia pun bertekad untuk menyampaikan hikmat pedangnya kepada Penjejak Awan. - Penjejak Awan mempunyai kepintaran yang amat luar biasa. Baru 6 bulan dia sudah dapat menghafal panduan hikmat pedang yang disampaikan oleh bapa tirinya itu. Oleh itu, Penjejak Angkasa telah menaruh harapannya kepada Penjejak Awan agar menjadi warisnya nanti. - Maka bertambah cemburulah abang-abang tiri Penjejak Awan. Sementara itu, Penjejak Awan telah menganggap Penjejak Angkasa sebagai orang yang paling disayangi dan dihormatinya. - Akan tetapi pada hari jadi Penjejak Awan yang ke-10, Penjejak Angkasa telah dibunuh oleh Wira Utama kerana dia enggan tunduk dan setia kepada Wira Utama. - kemudian Penjejak Awan diambil sebagai murid kedua Wira Utama. - Inilah yang menjadi punca dendam kesumat Penjejak Awan terhadap Wira Utama. Dapatkah Penjejak Awan melunaskan dendamnya itu?... |