Riwayat Hidup Tanpa Nama
last updated: 08/11/98

 
Tanpa Nama

 
- Watak utama dalam lagenda ini ialah seorang anak yatim piatu.
- Selepas kematian ibubapanya, dia telah menjadi anak angkat seorang jeneral dan telah diberi nama. Apabila jeneral itu berpakat dengan musuh negeri dan pengkhianat, dia pun memutuskan hubungan dengannya kerana berasa malu mempunyai perkaitan dengannya. Semenjak daripada itu dia memanggil dirinya sebagai Tanpa Nama.
- Tanpa Nama adalah seorang pemuda yang pintar. Dia telah berjaya mencipta hikmat bermain pedang semasa berumur 16 tahun. Hikmat bermain pedang itu dikenali HIKMAT PEDANG TANPA NAMA. Dengan hikmat bermain pedang istimewa ini, dia telah berjaya mengalahkan semua pendekar yang mencabarnya. Oleh itu, dia telah menjadi seorang pendekar yang termashyur.
- Ketika berumur 19 tahun, Tanpa Nama telah berkahwin dengan seorang anak gadis yang dicintai. Lama-kelamaan dia dianggap sebagai seorang mahaguru yang setanding dengan Pedang Sakti yang sudah lama dianggap seperti pendekar yang terulung.
- Berbanding dengan Pedang Sakti, nampaknya Tanpa Nama adalah lebih pintar kerana dalam masa 3 tahun dia telah berjaya mencipta hikmat bermain pedang sendirinya. Oleh itu, samada siap lebih handal dia atau Pedang Sakti telah menjadi satu tanda tanya dalam dunia kepahlawanan.
- Oleh kerana tidak terhitung banyaknya pendekar yang telah kehilangan nyawa dihujung pedang Tanpa Nama, maka musuh-musuhnya semakin hari semakin ramai.
- Tidak berapa lama kemudian, pendekar-pendekar dari keluarga yang ternama dan 7 sekolah yang besar datang mencabar Tanpa Nama di Gunung Kuning untuk menuntut bela di atas kematian kawan-kawan mereka.
- Kemudian, berita yang mengatakan Pedang Sakti berundur dari dunia kepahlawanan dan memencilkan diri telah tersebar di merata-rata tempat.
- Oleh itu, Tanpa Nama yang berusia 22 tahun telah dianggap pendekar yang tiada tolok bandingnya dalam dunia kepahlawnanan.
- Akan tetapi musuh-musuhnya terlalu ramai. Akhirya, isteri Tanpa Nama telah dibunuh orang apabila dia tiada di rumah.
- Walaupun Tanpa Nama mencari merata-rata tempat tetapi dia tidak berjaya menemui pembunuh isterinya. Akhirnya kerana terlalu menyesal dan makan hati, dia juga mati.
- Tanpa Nama telah mati dalam usia yang muda. Munculnya Tanpa Nama adalah seperti cirit bintang. Baru sahaja 4 tahun bersinar-sinar di dunia kepahlawanan dia sudah lenyap dalam sekelip mata. Bagaimanapun kisah-kisah berkaitan Tanpa Nama terus menjadi buah mulut para pendekar.
- Sungguhpun Tanpa Nama sudah tiada lagi, namun pengaruhnya dalam dunia kepahlawnan tetap terasa.
- Sebenarnya sebelum kematian Tanpa Nama, dia pernah menerima cabaran dari Pedang Sakti secara rahsia.
- Sebelum pertarungan dimulakan, mereka telah berjanji tidak akan membocorkan rahsia pertarungan mereka kepada sesiapa pun. Salah satu syarat ialah sesiapa yang kalah mesti berundur dari dunia kepahlawanan dengan segera.
- Dalam pertarungan tersebut, hikmat Pedang 21 Gaya Pedang Sakti telah diatasi oleh Tanpa Nama. Seterusnya, Pedang Sakti berundur dari dunia kepahlawanan.
- Apabila dunia kepahlawanan China bergolak dengan ancaman dari pendekar Jepun, Tanpa Nama telah muncul. Bagaimanakah kesudahannya?